DARI MEJA PATAH SEBELAH H1P7

Sejarah membuktikan bahawa perpaduan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum dapat menjamin pembangunan negara berlangsung dengan lancar. Dunia juga menyaksikan bahawa negara akan menjadi kucar-kacir dan pembangunan negara akan terbantut akibat perpecahan dan perbalahan yang tidak berkesudahan antara puak dan kaum dalam sesebuah negara. Malaysia dapat dijadikan sebagai contoh negara yang mempunyai bilangan penduduk yang berbilang kaum kerana negara ini telah berjaya membuktikan bahawa walaupun satu ketika dahulu negara ini pernah tergugat akibat rusuhan kaum (peristiwa 13 Mei 1969) namun pengalaman tersebut banyak mengajar penduduk negara ini erti perpaduan sebenar.